Bismillah hirrahman nirrahim
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera semua...
Satu perkongsian
Masa kami suami isteri jual nasi lemak dulu, selalu p beli stok di Alma, Bukit Mertajam.
Ada 1 tauke berbangsa Cina ni, tiap kali p, mesti nampak dia dok tabur beras yang dia jual kepada burung-burung merpati yang terbang berdekatan.
Satu hari, mulut ni tak boleh tahan utk bertanya.
Saya : Kenapa U buang beras, tauke?
Tauke Cina : I tak buang la. I bagi burung makan.
Saya mengerutkan dahi, kurang faham.
Tauke Cina : U buat bisnes haaa, xboleh kedekut ooo. Bukan sama orang saja. Sama binatang jugak.
Aku dan suami masih diam. Cuba memahami apa yang dimaksudkan oleh Tauke Cina tersebut. Sambungnya,
Tauke Cina : Ada binatang mai tempat U bisnes haa, U kasi dia sikit. Mana lagi baik, dia curi makan U punya barang, habis kotoq atau U angkat kasi dia sikit, situ tempat saja kotoq?
Saya : Ok..?
Tauke Cina : Binatang pun mau hidup maa... Mau makan... Diorang kecik saja. Tak habis punya kita punya barang.
Kali terakhir kami ke kedainya beli stok, kami dimaklumkan bulan seterusnya kalau nak beli barang lagi, di sekian-sekian tempat.
Suami : Apasai U mau pindah. Sini sudah cantik la... (setiap kali kami datang, setiap kali itulah kedainya dipenuhi orang)
Tauke Cina : Sudah sempit la. Barang tak cukup tempat lah.
Nampak relate cerita ni dengan kisah2 saya sebelum ni? Ingat status kucing2 saya? Tak semestinya kita buat baik dengan kucing sahaja. Dengan haiwan kesayangan Rasul Allah yang satu ni. Akan tetapi, berbuat baiklah dengan haiwan di sekeliling kita. Kerja mereka ni hanya bertasbih kepada Allah.
Jaga hubungan kita. Bukan sesama manusia sahaja, haiwan & juga tumbuh-tumbuhan juga perlu dijaga. Setiap darinya memenuhi keperluan kita. Allah tidak akan menjadikan sesuatu tu sia-sia. Mesti ada sebab & peranannya.
Maaflah kalau ada yang bosan membaca kisah2 kami dengan bangsa Cina. Sebab memang kebanyakan dari urusniaga kami, dengan mereka. Ini kerana, kami berurusniaga terus dengan pembekal & pengimport.
Sayang kan...? Satu hari nanti, in shaa Allah... Doa kami, bertambah-tambahlah pembekal & pengimport dari orang Islam. Sebagai memenuhi tuntutan fardhu Kifayah. In shaa Allah.
P/s :Please take note. Ini kami, suami isteri. Gambar ini adalah gambar pemilik sebenar Agar-agar Kering AdamShoppe. Ada gosip sikit... Nak tau..?