Bismillah hirrahmanirrahim...
Ramai yang beranggapan, agar-agar kering boleh tahan lama. Ya, tidak dinafikan jika dibandingkan dengan zaman nenek moyang kita.
Akan tetapi, kami juga memohon para pelanggan membandingkan juga keadaan cuaca antara zaman kita & zaman nenek moyang kita. Zaman nenek moyang kita, cuaca & suhu sekeliling adalah dalam carta yang selaras. Tidak terlalu panas, tidak juga terlalu sejuk. Berbeza dengan cuaca kita sekarang, perbezaan panas sejuk agak tinggi. Ini, sedikit sebanyak mempengaruhi ekstrak agar-agar & mempengaruhi sifat agar-agar kering itu sendiri apabila siap.
Sifat agar-agar kering menyerap suhu di sekelilingnya. Jika disimpan pada suhu panas (cuaca panas & kering), agar-agar kering yang telah dibuat melebihi tempoh 2 minggu akan jadi lebih bersaka, pudar warna, keras & sangat manis. Simpan dalam bekas kedap udara boleh memberi ketahanan hampir sebulan dengan syarat, perlu didedahkan kepada angin dalam tempoh setiap 2 minggu.
Manakala, jika disimpan pada suhu sejuk (hujan & lembap), agar-agar kering yang telah dibuat melebihi tempoh 2 minggu akan mula basah semula. Dan jika tidak dipantau, bakteria semulajadi yang terdapat di dalam agar-agar (sila maklum, agar-agar merupakan tumbuhan dalam laut) akan aktif & agar-agar kering yang terkena jangkitan bakteria akan bertukar menjadi jeli.
Oleh yang demikian, atas pengetahuan & pemerhatian kami, untuk menghargai para pelanggan kami & tetamu majlis anda, kami menetapkan, pengeposan/pick up agar-agar kering dilakukan paling awal 2 minggu sebelum tarikh majlis.
Ini kerana, kami menyediakan stok agar-agar kering awal 1 mggu dari tarikh pengeposan/pick up. Kami tidak menggunakan sebarang agen pengawet dalam pembuatan agar-agar kering keluaran Adamshoppe ini.
Tempahan awal yang kami war-warkan adalah untuk susunan jadual production supaya proses pengeringan dapat dijalankan dengan lancar (dengan izin Allah).
Diharap dengan penjelasan ini, dapat memudahkan kami membantu anda membuat persediaan majlis sebaik yang mungkin.
Sesungguhnya yang buruk itu dari kami, yang baik itu dari Allah. Hakikatnya, kedua-dua baik & buruk itu aturan yang Maha Esa untuk kita sebagai hamba-Nya. Barakallah. 😊
