Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 37

BESAR MANA?

Bismillah hirrahmanirrahim....

Pihak kami banyak dapat pm yang bertanya tentang saiz agar-agar kering kami. Sebelum ni, kami menganggarkan persamaan saiz agar-agar kering kami dengan separuh dari jari kelingking wanita bersaiz S. Akan tetapi, kelihatannya persamaan saiz tersebut kurang membantu para pelanggan untuk dibayangkan.

Hari ini, kami tampilkan saiz agar-agar kering kami dalam bentuk graf. (Graf la sangat kan.... Heheheee 😅)Skala pada graf adalah dalam bacaan sentimeter (cm).

Adalah diingatkan, saiz yang dinyatakan ini adalah anggaran purata 90% dari 1kg agar-agar kering. Bermakna, ada agar-agar kering yang mungkin nipis, pendek, panjang, tebal sedikit dari yang ditunjukkan di dalam gambar ini.

Ini atas faktor permukaan lantai bengkel yang tidak sama (biasalah kan, rumah kampung 😉), pemotongan agar-agar secara manual oleh manusia (saya lah tu... 😆) & kadar pengeringan ( walaupun dikeringkan di dalam mesin - menggunakan suhu yang sama, faktor cuaca semasa pengeringan juga perlu diambil kira). Jadi, saiz tidak akan betul2 sama seperti di dalam gambar.

Sekian, makluman dari Puan Adamshoppe. 😍
Image may be NSFW.
Clik here to view.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 37